CLICK ME!

Showing posts with label I Cook. Show all posts
Showing posts with label I Cook. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Total Fail Cake

Posted by Belle Edwin at 2:27 PM 8 comments
Well, as mentioned on my last post
i've decided to bake Heaven's birthday cake myself..
so last weekend i've baked a cake!
a rainbow cake to be exact..
but if u followed me on FB or Instagram
you must already see the output..
which really disappointing me
huh (-__-)'
****
 This is what exactly i want it to look like..
(*wah..cita-cita tinggi ni..mau cake macam ni1 :P)

Google Pix
But this is how my cake looked!
ok..u may laugh...
Even husband pun LOL when i said the cake is ready.
sedih (-__-)'
My kesian Total Fail cake
But, you know what.. the taste is good tau..
i should be proud of myself for that..
even my son pun balik-balik minta suap kek..
especially the red color, maybe he was so attracted to that color
and TASTE of course! (*mintapuji sikit ba..walaupun sedih dengan rupa rainbow cake itu)

sy antam saja susunan warna rainbow.. warna pun tidak cukup  7 warna.
****
apa2pun, since banyak lagi baki bahan2 aritu
i WILL do a cake baking again..
tapi ni kali saya tukar resipi n cara masak
oh btw, ini resipi cara saya bake aritu
cake saja..bukan cara decorating
****

Kek Butter Kukus from myresipi.com
****
ok..cubala kalau kamu mau cuba ;)
the ingredient pun quite simple  

p/s: Just, nanti kalau kek berjaya dari segi rupa dan rasa baru sy transfer sana k.. ;)

Tuesday, January 29, 2013

Kuih Makmur

Posted by Belle Edwin at 10:32 AM 14 comments
Hi apa kabar semua? macamana hujung minggu kamu?
kalau di KL dan Selangor, panjang cuti hujung minggu..
sebab semalam hari Isnin cuti gantian hari Thaipusam yang jatuh pada hari minggu..
Sebenarrnya banyak plan saya masa hujung minggu tu,
tapi Heaven, anak lelaki saya demam la pula sejak hari Sabtu,
nasib baik semalam suda sembuh! Syukur!
saya pun tidak tau apa punca dia demam.. -_-
mungkin mahu tumbuh gigi, tapi bila saya perika gusi dia,
tiada pula kelihatan Mr.Tooth itu.. ermm. -_-'
so, semenjak semua plan terpaksa dibatalkan
saya pun dengan perasaan hiba (*atukei!)
mengisi masa lapang,(*lapang la sanggat!)
dengan membuat Kuih Makmur versi Sabah.
kalau kamu pernah makan kuih makmur versi semenanjung,
lain sikit rupa dan rasa dia ok! mula2 rasa pelik juga, tapi abis juga saya makan! kekeke
So sy mau kongsila resipi Kuih Makmur yang baru2 saya buat
manatau ada kamu yang tiba2 saja rajin mau buat kuih kan..

Bahan-Bahan

1/2kg Kacang Tanah
1/2kg Tepung Gandum
250gm butter 
(*saya lebih suka pakai butter daripada minyak sapi, saya tidak berapa suka dengan bau minyak itu!
p/s lagipun lagi murah! hahaha)
Gula Aising
Gula
Garam
Susu Tepung

Cara-Cara:

1. Mula2 goreng tanpa minyak kacang tersebut sampai garing k!
Kalau kamu beli kacang yang ada kulit macam saya beli semalam, logot-logot la kamu buka kulit..haha

Kacang yang telah siap digoreng dan dikopek kulitnya.. ermm..rajin juga saya..(p/s mestilah kalau pasal makan :P)
2. Tumbuk kasar kacang tersebut.
tumbuh halus pun boleh juga, tapi lebih sedap kalau kasar!  ;)


3. Tepung pula, masak tanpa minyak juga. Ini tips mama saya, dia cakap ini untuk bagi tepung tersebut masak, emm...ikut saja la! kemudian ayak tepung tersebut supaya tekstur tepung tersebut lebih gebu dan halus. (*lupa ambil gambar)

4. Masukkan kacang yang telah ditumbuk ke dalam tepung dan gaul.


5. Masukkan juga gula (dalam 1 atau 2 sudu makan) , tidak payah banyak sebab kacang kan suda manis, lagipun kuih ni akan disira sama gula aising juga


6. Dan sedikit garam, bagi dia rasa lemak2 sikit...


7. Lepas tu, cairkan butter. 
250gm atau 1 buku/ketul butter pun suda cukup untuk portion 1/2kg tepung dan 1/2kg kacang ni


8. Masukkan butter cair dalam adunan dan kacau hingga sebati.
Gambar kanan, final look.



 

8. Lepas ni, mau masak suda.
Griskan loyang dengan butter/ marjerin dan bulat2kan doh tersebut. Ikut suka kamu la mau bulatan besar atau kecil. Tapi lebih baik dalam diameter 2cm. supaya tidak perlu tunggu lama untuk masak.

Letak nipis sahaja ya, kalau tidak, jadi kuih makmur goreng la nanti! hehe

bulatan kecil-bulatan kecil..buuuulatan besar!
9. Lepas tu, bakar doh tersebut.
Suhu: 160'c selama 20 minit (lupa ambil gambar juga -_-')

10. Setelah masak. sira atau kasi lumur (*betul ka ayat ni ar?) kuih tersebut dalam campuran Gula aising dan susu tepung
(sy pakai susu anak saya saja! hahaha...lupa beli susu biasa...ganti dengan Creamer pun boleh sebenarnya)



11. TADA..SIAP! bolehla simpan dalam bekas. Mahu makan terus pun boleh!


Okla kawan-kawan, kalau terlebih rajin boleh la buat kuih ni ar..
selalunya kuih ni bukan la popular sangat masa hari perayaan,
tapi bila hujung2 perayaan, inila biskut yang paling sedap! hahaha

*logot-logot (Dusun) : Pelan-pelan

p/s: Karangan BM ok!
 

Sumandak of Ranau Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting