berjalan-jalan di alam siber..wah! alam siber ah...
saw this tagged di tempat si Kadusmama ma Just
sy nda kana tagged bah..saja meng'tagged'kan diri...
lama suda nda kana tagged bah...
TAG 1
1. Bekas kekasih saya adalah : nick carter..dulu dia cute..sekarang biut..jadi saya tidak lagi berminat padanya...
2. Saya sedang mendengar : ngit..ngit...bunyi kerusi saya..
3. Mungkin saya patut: buat kerja sekarang tapi saya bosan
4. Saya suka : kucing saya si jesse
5. Sahabat-sahabat baik saya : yang selalu berada untuk saya pabila susah dan senang..aku sayang mereka!!
6. Saya tak paham : bahasa yang sy tidak belajar
7. Saya kehilangan : kunci laci saya..nasib baik ada 'spare'
8. Ramai yang berkata : 'saya' dalam sehari....hehehe
9. Makna nama saya : 'sumandak of ranau' = gadis dari daerah Ranau...
10. Cinta itu adalah : siok tapi ada juga yang sakit dan gila2 tapi yang pastinya ianya macam rojak!
11. Di suatu tempat, seseorang sedang : mungkin tengah sakit perut tetapi masih memandu, itulah pasal dia memandu bagai orang gila @ bodoh!
12. Saya akan cuba : meninggi dengan sihat! tinggi tau bukan melebar...
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : sehingga hayat sesuatu benda berakhir
14. Telefon bimbit saya : SE dan satu lagi ialah CSL, barangan buatan Malaysia..murah saja tetapi ada TV itulah yang saya suka akannya
15. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan tengok telefon saya dulu..tengok jam sebab rumah saya tidak mempunyai suatu jam pun..kesian kan...
16. Saya paling meluat apabila : sepasang kekasih bermanja-manja di depan orang ramai..tapi mahu buat macam mana kan..cinta berada di udara..tapi kadang-kadang saya seperti ingin memberitahu mereka supaya pergi mencari bilik..wehehehe
17. Pesta/Parti adalah : aramaiti yang shiok dan diadakan di rumah kami di Ranau...sungguh seronok kerana kami akan menari sehingga keletiak berpeluh..hehehe
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : semua anak kucing dan anak anjing di dalam dunia..hehe
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : semasa di sekolah menengah kerana boleh berjumpa kawan2 karib saya tiap-tiap hari...dan hanya bersekolah/bekerja setengah hari..hehehe
20. Hari ini : ialah hari 'lima' bagi orang sabah..'jumaat' ialah ayat bahasa melayu yang betul
21. Malam ini saya akan : mungkin pergi ka pasar malam..hehehe
22. Esok pula saya akan : bekerja sambilan iaitu 'bibik' di rumah sendiri..dan tiada gaji ok..cis
23. Saya betul-betul inginkan : seperti orang lain juga..saya ingin bercuti...di kampung sambil makan semua makanan kegemaraan saya..
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : 'gemuknya' itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut saya pada hari ini..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : kedua-dua...hehehe..saya suka pergi arked permainan bersama adik dan abang saya..kerana saya akan lupa berpa umur saya sebenar..hehehe..
26. Makanan Barat atau Jepun : tiadaka pilihan makan 'KADAZANDUSUN"?
27. Bilik yang terang atau gelap: dua-dua boleh...
28. Makanan segera adalah : makanan saya pada waktu-waktu saya malas memasak..heheh
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : 'annabelle~'
TAG 2
1. Apakah perasaan anda sekarang?: serba-salah kerana masa berjalan tetapi tidak membuat kerja..
2. Saya nak makan?: tidak terpikr apa-apa pada masa ini...hehehe
3. Saya tak suka? :orang yang mengata orang lain padahal orang itu lebih teruk dari orang yang di'umpat'nya
4. Impian saya? : kahwin dan mempunyai anak-anak yang sihat..wah!!! gatalnya saya kan...
5. Haiwan yang saya tak suka? : Ular..eww!! berdiri pula bulu roma saya teringat ular..
6. Saya harapkan? : semua keluarga saya mempunyai kesihatan di tahap optimum!
7. Jika boleh putarkan masa? : wah! boleh ka? macam putar jam dinding ka?
8. Saya pada 10 tahun akan datang? : kalau panjang umur, saya harap sy seorang 'HOT MAMA' wah!!
9. Handphone saya adalah sebuah? : alat elektronik yang juga merangkap 'manager' saya
10. Saya pernah bercinta sebanyak? : beberapa kali tetapi harap sekarang ini yang terakhir dalam hidup saya.. ^_^
11. Kawan-kawan saya?: semua kiut-kiut..heheh
12. Pernah dikhianati?: itu slah satu asam garam kehidupan..dan mungin pernah terjadi pada saya..
13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? : hanya mengharap karma akan terjadi padanya
14. Siapa yang anda nak Tag? sesiapa yang terasa boring pada kerja sekarang hehehe
Blog no longer available
5 weeks ago





2 comments:
Hahhaha.. siok sia baca jawapan2 ko semua special yg 'ketiak berpeluh' tu... akakakakka...
itu memang betul tu...kadang2 ad torch light lagi sambil menari...kasi pusing2 tu torch light macam tu lampu3 di disko...lucu n siok bah..hehehehe
Post a Comment